NAMA:
XXXXXXXXXX
TARIKH:
8 / 2 / 2012
TAJUK:
Keperluan asas tumbuhan
OBJEKTIF:
Mengetahui dan
mengenal pasti apakah keperluan-keperluan asas yang diperlukan oleh tumbuhan
untuk bercambah dan membesar
HIPOTESIS:
Tumbuhan memerlukan cahaya,
air dan udara sebagai keperluan asas untuk mereka bercambah dan membesar
TEORI:
Tumbuhan memerlukan
cahaya, udara, dan air untuk bercambah, dengan adanya elemen-elemen ini
tumbuhan akan dapat menghasilkan makanannya sendiri dengan menggunakan proses
fotosintesis. Nutrien- nutrien yang dihasilkan semasa fotosintesis dapat
membantu tumbuhan untuk membesar dengan sihat
BAHAN / ALAT RADAS:
1. Tumbuhan
sihat dengan daun yang besar
2. Kertas
hitam yang tebal
3. Kelip
kertas
4. Kacang
hijau
5. Air
6. Piring
Petri
7. Kapas
8. Cawan
plastik
PROSEDUR / KAEDAH:
A) Matahari adalah keperluan asas
tumbuhan
Eksperimen A:
Prosedur:
1. Tumbuhan
yang berdaun besar dan sentiasa menerima pancaran matahari telah dipilih
2. Kertas
hitam telah dipotong dan diletakkan pada kedua-dua permukaan daun. Kertas itu
telah di kelip dengan menggunakan kelip kertas untuk beberapa hari
3. Setelah
beberapa hari, kertas hitam di alihkan dan hasilnya diperhatikan
B) Air ialah keperluan asas
tumbuhan
Eksperimen B:
Prosedur:
1. Kacang
hijau ditaburkan di dalam dua buah piring petri yang telah dipenuhi dengan
kapas
2. Kedua-dua
piring petri diletakkan di tempat yang boleh mendapat cahaya matahari
3. Salah
satu piring petri disiram dengan air secukupnya dan dilabel sebagai (B1),
manakala yang satu lagi dibiarkan kering dan dilabel (B2)
4. Selepas
beberapa hari, hasilnya diperhatikan
C) Udara ialah keperluan asas
tumbuhan
Eksperimen C:
Prosedur:
1. Beberapa
kacang hijau diletakkan di dalam sebuah cawan plastik yang telah dimasukkan
dengan kapas basah dan di label dengan (C1)
2. Sebuah
cawan plastik yang lain di isi dengan separuh penuh air dan beberapa biji
kacang hijau. Cawan itu di label dengan (C2),
kacang hijau yang ditenggelami dengan air akan terhalang daripada
mendapat udara
3. Selepas
beberapa hari, hasilnya diperhatikan.
KEMAHIRAN MANUPULATIF:
1. Radas-radas
makmal digunakan dengan berhati-hati
2. Tidak
merosakkan tumbuhan yang digunakan di dalam uji kaji
3. berhati-hati
semasa mengendalikan radas makmal, supaya ia tidak rosak dan tidak mendatangkan
kecederaan kepada orang lain
4. memastikan
kawasan eksperimen tidak berselerak
PEMERHATIAN / KEPUTUSAN:
Prosedur
|
Pemerhatian
|
A
|
Hari
1: daun tidak menunjukkan sebarang perubahan
Hari
2 : daun tidak menunjukkan sebarang perubahan
Hari
3: daun tidak menunjukkan sebarang perubahan
Hari
4 : daun masih lagi tidak menunjukkan sebarang perubahan
|
Sebelum Selepas
Prosedur
|
Pemerhatian
|
B1
|
Hari
1: benih kacang tidak menunjukkan sebarang
perubahan
Hari
2 : benih kacang mula bercambah
Hari
3 : pucuk muda mula tumbuh dari biji benih
Hari
4 : akar keluar dari bijih benih dan pucuk
semakin membesar
|
B2
|
Hari
1: benih kacang tidak menunjukkan sebarang
perubahan
Hari
2 : benih kacang tidak menunjukkan sebarang
perubahan
Hari
3 : benih kacang tidak menunjukkan sebarang
perubahan
Hari
4 : benih kacang tidak menunjukkan sebarang
perubahan
|
B1
Sebelum Selepas
B2
Sebelum Selepas
Prosedur
|
Pemerhatian
|
C1
|
Hari
1: benih kacang tidak menunjukkan sebarang
perubahan
Hari
2 : benih kacang mula bercambah
Hari
3 : pucuk muda mula tumbuh dari biji benih
Hari
4 : akar keluar dari bijih benih dan pucuk
semakin membesar
|
C2
|
Hari
1: benih kacang tidak menunjukkan sebarang
perubahan
Hari
2 : benih kacang mula bercambah
Hari
3 : pucuk muda mula tumbuh dari biji benih
Hari
4 : pucuk muda tidak menunjukkan sebarang
perubahan
|
C1
Sebelum Selepas
C2
Sebelum Selepas
PERBINCANGAN:
Berdasarkan
pemerhatian yang telah dibuat terhadap eksperimen-eksperimen yang telah
dilaksanakan, terdapat beberapa perkara yang boleh dibincangkan.
Pada
eksperimen A, ia dilaksanakan untuk mengkaji sama ada tumbuhan memerlukan
cahaya matahari untuk membesar. Dalam eksperimen A, daun yang telah ditutup
dengan kertas hitam tidak menunjukkan sebarang perubahan. Jika mengikut teori,
daun itu sepatutnya bertukar warna kepada kekuningan sebagai tanda proses
fotosintesis tidak dapat dijalankan dan menyebabkan daun bertukar kekuningan. Tetapi
semasa eksperimen dijalankan, warna daun tidak bertukar. Hal ini mungkin terjadi
kerana daun yang dipilih adalah terlalu tebal, jadi ia mungkin mengambil masa
yang lebih lama untuk menghentikan proses fotosintesis daun itu dan kemungkinan
yang lain ialah daun yang di kelip dengan kertas hitam tidak di kelip dengan sekemas
yang mungkin dan akhirnya, menyebabkan daun itu mendapat cahaya matahari . saya
mencadangkan untuk eksperimen ini berjaya, kita perlulah memilih daun yang
lebih nipis dan menutup daun itu dengan sekemas yang mungkin supaya cahaya
matahari tidak akan dapat diterima oleh daun itu.
Eksperimen
B pula adalah untuk mengkaji, sama ada air diperlukan untuk tumbuhan menjalani
proses tumbesaran. Eksperimen ini dibahagikan kepada dua bahagian iaitu B1 dan
B2. B1 ialah biji benih yang menerima air, cahaya matahari dan udara, di dalam
eksperimen ini benih kacang mula bercambah dan membesar dengan sihat. Manakala
di dalam eksperimen B2, bijih benih tidak disiram dengan air dan hanya menerima
cahaya matahari dan udara. Hasilnya, benih
kacang itu langsung tidak bercambah. Ini membuktikan bahawa air adalah salah
satu keperluan asas yang diperlukan oleh tumbuhan untuk bercambah dan membesar.
Tanpa kehadiran air, benih kacang tidak boleh untuk bercambah kerana tanpa air
ia tidak boleh membuat makanannya sendiri, lantas zat-zat yang diperlukan oleh
tumbuhan untuk membesar tidak dapat diperoleh dan menyebabkan bijih benih tidak
bercambah.
Di
dalam eksperimen C pula, ia dilakukan untuk mengkaji sama ada udara diperlukan
oleh tumbuhan untuk membesar. Eksperimen ini juga di bahagikan kepada dua
bahagian, iaitu C1 dan C2. Dalam eksperimen C1, benih kacang menerima cahaya
matahari, air dan udara, hasilnya bijih kacang, bercambah dan membesar dengan
sihatnya. Untuk eksperimen C2 pula, bijih benih ditenggelamkan di dalam air
untuk menghalang bijih benih dari menerima kehadiran udara tetapi ia masih
dapat menerima kehadiran matahari dan air, mengikut teori bijih benih itu tidak
akan bercambah kerana ketiadaan udara, tetapi bijih benih di dalam eksperimen
C2 ini masih boleh bercambah, tetapi tumbesarannya tidak begitu banyak atau
ketara. Kami membuat kesimpulan bijih benih yang ditenggelami oleh air itu
masih mampu menerima kehadiran udara dari persekitarannya dan ini akan
membuatkannya bercambah. Saya mencadangkan langkah-langkah untuk eksperimen C2
ini berjaya, adalah dengan menjalankan eksperimen ini di tempat kedap udara
atau meletakkan minyak di dalam air itu, dengan ini lapisan minyak yang
terbentuk di atas permukaan air akan dapat menghalang udara dari persekitaran
masuk ke dalam cawan.
Hasil
dari pemerhatian dari eksperimen ini, tumbuhan memerlukan cahaya matahari, air
dan udara untuk membuat makanan atau nutrien-nutrien tertentu melalui proses
transpirasi atau fotosintesis untuk mendapat zat-zat atau bahan-bahan yang
diperlukan untuk ia membesar. Tanpa kehadiran keperluan asas-asas ini,
tumbuh-tumbuhan akan layu dan mati dan ia tidak akan dapat membesar.
KESIMPULAN:
Sebagai
kesimpulan, tumbuhan memerlukan kesemua keperluan asas seperti cahaya matahari,
air dan udara untuk bercambah dan membesar. Tumbuhan akan mati atau tidak akan
dapat bercambah jika keperluan asas itu tidak lengkap atau mencukupi.
RUJUKAN:
1. Dr.
Hamdan bin Mohd. Noor, Quek Yoke Hua, Choo Yan Tong, Manoharan a/l Palaniappan,
Wahida binti Abdullah (2002). Fokus Ungu
SPM Biologi. Bangi: Penerbitan Pelangi Sdn. Bhd.
2. Muiz
Abdul (2011) http://www.slideshare.net/MuizzAbdul/lab-report-biologi-pismp-sains-1
dicapai pada 15 Februari 2012